Kuih Lapis

Ramuan / Bahan

Bahan 1:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
½ cawan gula
4 cawan santan (sederhana pekat)
1 sudu teh garam

*sedikit pewarna merah

Cara-cara

Panaskan loyang dalam pengukus terlebih dahulu dgn api sederhana.
1. Campurkan bahan1 dlm pengisar dan kisar hingga halus. Kemudian tapiskan.
2. Asingkan bancuhan kepada 2 bahagian. Letakkan pewarna merah pada satu bahagian.
3. Masukkan sedikit bancuhan berwarna putih, biarkan dlm 3 minit. Masukkan bancuhan berwarna merah pula. Lakukan langkah ini hingga habis.
4. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk baru potong.