Kuih Lapis

Ramuan / Bahan

1 ¾ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
secubit garam
pewarna merah

Cara-cara

Tepung gandum dan tepung ubi diayak bersama. Masukkan gula dan santan di kacau hingga gula hancur. Masukkan tepung kacau rata hingga tidak bergentel dan masukkan garam. Adunan tepung di bahagi 2 bahagian, 1 bahagian biar putih dan 1 lagi di warnakan merah. Kukus air biar menggelegak
bubuh talam dan masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan 3 minit (atau masak sedikit) kemudian di selangkan dengan warna merah, buat seperti di atas berselang seli hingga habis (6 lapis). Akhir sekali setelah semuanya selesai, kukuslah lagi selama 20 minit biar masak betul. Sejukkan dan barulah bolih di potong.