Kuih Koleh Kacang

Ramuan / Bahan

500 gm kacang hijau
3 biji kelapa parut
1 mangkuk sedang gula merah 1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara

Kacang hijau dibasuh dan ditoskan airnya sehingga kering. Setelah itu digoreng tanpa minyak sehingga kuning kemudian dikisar sehingga halus. 11/2 biji kelapa diperah ambil santannya yang pekat kira-kira 1 mangkuk besar kemudian masukkan santan di dalam kuali bersama-sama gula pasir dan gula merah sambil dikacau hingga larut. Campurkan dua helai daun pandan. Bila gula telah larut masukkan tepung kacang hijau sambil dikacau hingga pekat dan rata. Setelah itu tuangkan ke dalam loyang. Biarkan sejuk. 11/2 biji kelapa parut diperah ambil pati santannya sebanyak 1 mangkuk dan masaklah di dalam kuali sehingga bergentel jadi tahi minyak. Setelah itu taburkan di atas kole kacang tadi.