Kuih Koci

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung pulut putih atau hitam
250 gm kelapa parut
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Minyak secukupnya Bahan untuk inti:

1 cawan kelapa parut
½ cawan gula merah atau gula kabung
¼ cawan air
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ambil santan anggaran 3/4 cawan.
Kemudian campurkan tepung pulut dan garam secukup rasa.

Daun pisang dipotong empat segi dan disapukan dengan sedikit minyak. Ambil sejemput adunan dan letakkan di atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Leperkan bahagian tengah dan masukkan inti di dalamnya dan tutup semula.

Bungkus adunan ini seperti nasi lemak dan lakukan sehingga selesai kesemuanya.

Kuih koci ini bolehlah dikukus sehingga ia masak.