Kuih Koci

Ramuan / Bahan

1 bungkus tepung pulut
2 mangkuk santan (setengah mangkuk
santan dimasak hingga pecah minyak)
Sedikit garam
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya Inti:
1 biji kelapa parut
½ cawan gula kabung
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara

Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali. Campurkan dengan sedikit air, kemudian jerangkan ke atas api yang sederhana. Kacaukan inti hingga merengas dan hampir kering. Kemudian bolehlah diangkat dan diketepikan. Untuk menyediakan bahan tepung, tepung pulut tadi hendaklah diadun dengan santan mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak. Setelah itu bungkuslah adunan itu. Buat sehingga selesai. Setelah siap, sediakan alat pengukus dan kukuslah adunan tadi hingga masak.