Kuih Jagung Bakar

Ramuan / Bahan

500 gm tepung jagung
5 biji telur
1 tin jagung dalam tin
1 mangkuk sederhana gula pasir 2 mangkuk santan
Sedikit minyak sapi
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

Masukkan tepung gandum dalam sebuah bekas kemudian campurkan dengan telur, santan, gula, sedikit garam dan pewarna kuning. Kacau adunan sehingga tidak bergentel-gentel. Sesudah itu masukkan jagung manis dan kacau lagi sehingga rata. Sapukan acuan pembakar dengan sedikit minyak sapi. Tuangkan adunan ke dalamnya dan bakarlah sehingga masak.