Nagasari

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 camca besar tepung jagung
2 camca besar gula sedikit garam
5 biji pisang raja
daun pisang secukupnya






Cara-cara

1. campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati
2. selepas itu ditapis dan kacau di atas api hingga pekat dan angkat
3. ambil satu senduk adunan ini dan diletakkan di atas daun pisang
4. letakkan sepotong pisang dan ditutup adunan ini dengan daun pisang seperti buat lepat.
5. kemudian kukus selama 15 minit.