Kuih Gulung Bersalut Serbuk Roti

Ramuan / Bahan

Untuk kulit;
Bahan A
½ kg tepung gandum
1 sudu teh garam
½ liter air
( Masukkan bahan-bahan ini ke dalam blander dan putarkan sehingga sebati )
Jangan terlalu cair.

Bahan B
2 BIJI Telur dipukul untuk celupan
Roti kering ditumbuk dan dihancurkan
Untuk Inti ;
Kentang atau ubi keledek
Boleh gunakan ayam,udang,daging,sardin atau bahan lain yang anada suka
3 labu bawang merah dihiris halus
½ inci halia
Serbuk kari mengikut bahan yang disukai

Cara-cara

Untuk kulit;
1.Panaskan kuali
2.Letakkan satu sudu teh munyak
3.lenggang bahan (A) dalam kuali
(seperti membuat tepung kuih ketayap)
4.Angkat dan letakkan inti emudian
gulungkan
5.Masukkan kedalam telur yang dipukul
6.Gorengkan semula dalam minyak yang
panas.
7.Angkat dan golek-golekkan dalam
serbuk roti tadi.
8.Sedia untuk dihidangkan.