Kuih Gomak

Ramuan / Bahan

400 gm tepung pulut
300 gm kacang hijau 200 gm gula merah
½ biji kelapa parut
1 cawan gula pasir

Cara-cara

Untuk inti, campurkan gula pasir dan kelapa parut dengan setengah cawan air sehingga kering. Angkat dan ketepikan.

Bagi membuat kuih, goreng kacang hijau tanpa minyak sehingga garing dan kisar halus seperti tepung dan ketepikan.

Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.

Ambil sebesar telur dan leperkan. Bubuhkan sedikit inti di dalamnya dan tutup semula.

Didihkan air yang bercampur daun pandan. Masukkan tepung yang berinti tadi. Angkat apabila kuih timbul.

Golek-golekkan kuih dengan tepung kacang hijau. Susun di dalam pinggan.