Kuih Gelang/ Donut Kampung

Ramuan / Bahan

BAHAN A
1 kilo tepung gandum
1 bungkus yis
1 sudu makan gula
secubit garam
2 sudu makan majerin
BAHAN B
½ cawan minyak masak
air secukupnya

Cara-cara

ramas-ramaskan bahan A sehingga sebati. masukkan air sedikit demi sedikit (sampai agak-agak tepung boleh diuli) dan masukkan minyak (sikit-sikit jangan masuk sekali) untuk mengelakkan tepung melekat pada tangan dan memudahkan tepung diuli. tutup adunan selama 1 jam untuk mengembangkan adunan. kemudian adunan diuli bulat-bulat(macam bola golf) lepas tuh lubangkan bahagian tengah. boleh jugak uli adunan dan terap dgn acuan donut yang ble dibeli dikedai(kalau tak pandai bentuk pakai tangan). panaskan minyak(pastikan panas ) dan gorenglaa donut kita tadi sehingga berwarna keperangan. kalau tak confident boleh buat sikit-sikit dulu. kurangkan kuantiti tepung dan bahan lain ikut nisbah sukatan.