Kuih Cara Manis

Ramuan / Bahan

300 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
½ biji kelapa
4 helai daun pandan garam
gula
majerin
acuan baulu

Cara-cara

Tepung gandum yang telah diayak dimasukkan ke dalam mangkuk. Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan bersama air daun pandan sedikit demi sedikit. Kacau agar tidak bergentil. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair dan masukkan sedikit garam. Panaskan acuan baulu dengan sedikit majerin. Masukkan adunan dan tabur sedikit gula di atasnya. Setelah bahagian tepi kuning bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.