Kuih Cara Berinti

Ramuan / Bahan

250 gm cincangan kasar udang, garam dan lada sulah secukup rasa
2 camca besar minyak
1/3 cawan sos cili

Bahan Bater:
150 gm tepung gandum, garam secukup rasa

Bahan A:
½ cawan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
¾ cawan air
2 biji telur, dipukul sebati Beberapa titis pewarna makanan kuning
¼ cawan minyak

Bahan B:
¼ cawan bawang goreng
2 camca besar hirisan cili merah
2 camca besar hirisan daun bawang
2 camca besar hirisan daun ketumbar

Cara-cara

Perasa cincangan udang dengan garam dan lada sulah. Tumis udang dengan sos cili dalam minyak panas selama 2 minit. Ketepikan dari api dan sejukkan. Ayak tepung dengan garam dan masukkan bahan A, kacau hingga sebati. Kemudian letak acuan "kuih cara" atau "kuih bahulu" di atas api yang kecil. Sapu acuan dengan sedikit minyak dan masukkan 2 camca besar adunan. Letak 1 camca teh inti udang dan tabur bahan B ke atasnya. Tutup acuan dengan penutupnya dan masak di atas api kecil selama 5 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan hidangkan.