Kuih Bederam

Ramuan / Bahan

1 mangkuk tepung beras
1 keping gula melaka ½ mangkuk air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Masak gula melaka dengan air hingga mendidih setelah itu campurkan dengan tepung sambil digaulkan hingga sebati. Apabila sebati perapkan adunan sehari. Bentukkan adunan bulat-bulat kemudian digoreng hingga garing. Angkat dan toskan. Buat sehingga selesai.