Nagasari

Ramuan / Bahan

aprikot(1 cawan) atau pisang abu (potong kecil memanjang).

daun pisang untuk membungkus - layur.
pencucuk lidi/buluh. 1/3 paket tepung beras,
santan 1.5 liter,
pandan, ¾ sudu teh garam,
½ cawan gula perang @ gula pasir,
pewarna jingga.

Cara-cara

Sediakan pengukus.

Satukan santan, garam dan pandan. Masak hingga sekali didih. Matikan api dan masukkan sedikit demi sedikit tepung. kacau perlahan dengan pemukul telur agar rata. Ia kelihatan seperti adunan bubur sum-sum, jika kelihatan sudah ok jangan di tambah tepung lagi kerana ia lebih enak jika adunan agak cair berbanding yang kental.
Buat dua bahagian satu warna putih asli dan satu bahagian warna jingga. Tambah gula pada adunan jingga.

kemudian masukkan sesenduk ke dalam daun pisang adunan putih diikuti aprikot hiris dan di atasnya adunan jingga. Bungkus seperti membungkus pecal sematkan dengan penyucuk lidi. Potong bahagian atas daun yang berlebihan supaya lebih kemas. masukkan ke dalam pengukus, renjis sedikit dengan air. Kukus 20" - 30 minit.