Kuih Bakar Roti

Ramuan / Bahan

2 cawan tepong gandum
3 keping roti
2 biji telor
1 ½ cawan gula ¾ liter santan
¾ liter susu full cream
Air daun pandan
Kepingan badam untuk hiasan
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Carik-carikkan roti, rendam dalam susu. Ketepikan.
2. Di dalam mangkok lain, campurkan tepong & gula. Masukkan telor, air daun pandan dan santan.
3. Masukkan roti yang direndam tadi. Kacau sebati.
4. Kisar adunan hingga sebati dan halus. Jika kurang hijau tambahkan pewarna hijau.
5. Sapu loyang dengan minyak. Masukkan adunan.
6. Renjiskan minyak di atas adunan dan tabur kepingan badam.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 50 minit atau sehingga masak.