Kuih Bakar Daging

Ramuan / Bahan

Adunan Utama:
500 gram tepung gandum
½ sudu serbuk kunyit
1 biji telur
Garam & ajinomoto

Inti:
Daging sebesar penumbuk dipotong kecil
Bawang putih & halia
Serbuk kari
Hiasan:
Hirisan cili merah
Hirisan dain bawang

Acuan:
Menggunakan acuan kuih baulu
Penutup
Garfu

Cara-cara

1. Campurkan semua adunan utama dgn air mengikut kelikatan dan blender, kemudian ketepikan dalan jug bermuncung.
2. Tumis bwg putih dan halia hingga naik bau, kemudian masukkan daging, serbuk kari, sedikit air dan masak hingga dagingnya empuk dan inti menjadi kering seperti inti karipap.
3. Letak acuan di atas dapur dan tuang minyak 3/4 menutupi acuan. Biar api kecil.
4. Bila minyak sudah panas, curahkan adunan memenuhi 3/4 penuh setiap bahagian.
5. Tutup acuan dengan tudung sehingga adunan separuh masak.
6. Dengan menggunakan sudu kecil, masukkan inti daging pada setiap kuih. Tekan sedikit inti supaya masuk ke dalam adunan.
7. Tutup semula acuan dengan penutup dan tunggu hingga kuih betul-betul masak.
8. Cucuk dengan garfu, bila tiada melekat, tanda kuih telah masak dan angkat dengan menggunakan garfu dan letakkan di atas dulang beralas kertas penyerap minyak atau tisu.
9. Akhir sekali, letakkan hirisan daun bawang dan cili merah di atas setiap kuih supaya lebih menarik.