Kuih Bakar Cempedak

Ramuan / Bahan

2 cawan cempedak (dikisar halus)
2 cawan tepung gandum
3 biji kuning telur
1 cawan pati santan 1 cawan gula
3 camca besar mentega
½ camca kecil pewarna kuning

Cara-cara

Pukul gula dan mentega hingga cair. Masukkan telur, pewarna kuning dan pukul lagi hingga sebati. Tuangkan santan ke dalam adunan telur dan kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan isi cempedak dan tepung dan gaul hingga sebati. Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakarlah hingga masak.