Kuih Bakar Berlauk

Ramuan / Bahan

600 ml santan
350 ml tepung gandum
6 biji telur
1 sudu besar mentega
Sedikit cili merah, daun sup dan bawang goreng
Garam secukup rasa Bahan inti:
200 gm daging cincang
2 ulas bawang putih ] dikisar
1 sm halia ]
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu kecil rempah kari
Sedikit garam

Cara-cara

Bahan inti:
Tumiskan bawang putih dan halia hingga garing. Masukkan daging, bawang besar, rempah kari dan garam. Masak hingga empuk.

Satukan tepung gandum, telur, santan dan garam hingga sebati. Kemudian tapikan adunan ini.

Panaskan acuan kuih bakar dan tuangkan adunan ke dalamnya. Bakar selama 15 minit.

Tuangkan inti di atasnya. Hiaskan dengan hirisan cili merah, daun sup dan daun bawang.