Lopes Susu Madu Nipah

Ramuan / Bahan

300 gm beras pulut
50gm kelapa parut
Susu segar secukupnya Madu nipah
Garam

Cara-cara

Basuh dan rendam selama 2 jam, kemudian tuskan. Masukkan beras pulut ke dalam loyang pengukus dan tuangkan susu segar dan garam secukupnya. Jangan terlalu banyak susu supaya pulut tidak lembik. Kukus hingga masak. Setelah pulut masak, angkat dan bubuh di atas dalam daun pisang. Padatkan dan gulung. Biarkan sejuk, setelah itu baru dipotong dan digaul dengan kelapa parut. Hidangkan bersama madu nipah.