kaswi

Ramuan / Bahan

2 cwn - tepung gandum
1 cwn - tepung sagu/ubi
¾ cwn - gula pasir
1 cwn - gula merah 3 ½ cwn - air putih
1 ½ cwn - air gula merah
sedikit garam
sedikit kapur
satu sudu kicap manis
kelapa parut untuk hiasan

Cara-cara

Cairkan gula merah dengan 1 cawan air
1) masukkan 2 cawan air putih kedalam blender bersama-sama tepung gandum, tepung sagu/ubi dan gula - BLEND
2) masukkan 1 cawan air gula merah dan mesti ada lebih air gula merah tadi mungkin 1/2 cawan dan tambahkan dengan air putih menjadi 1 cawan - BLEND
3) masukkan kapur, garam dan kicap - BLEND
4) akhir sekali masukkan air putih sehingga penuh 1 blender (mungkin tak sampai 1 cawan)tak perlu BLEND lagi
5) sapu loyang dengan sedikit minyak masak dan bolehlah tuangkan bahan2 diblender tadi dan kukus
5) Kukus 45 minit dan buka penutup biarkan api sehingga 15 minit bolehlah di tutup dan diangkat