Jemput

Ramuan / Bahan

tepung gandum (mengikut berapa hidangan)
telur ayam 2 atau 3 biji(goreng dan hancurkan)
ikan bilis(digoreng sehingga garing)
bawang besar
garam(secukup rasa)
gula(secukup rasa) sos cili maggie

Cara-cara

masukkan tepung gandum dan air sedikit biar nampak pekat sedikit jangan terlalu cair,kemudian masukkan telur goreng yang telah dihancurkan seperti inti pastikan semasa mengoreng telur tersebut hendaklah dicampurkan dgn sedikit garam.Kemudian masukkan ikin bilis yang telah digoreng dan bawang yang telah dihiris,kemudian masukkan sedikit garam secukup rasa.Panaskan kuali dan minyak masak gorenglah sehingga kekuningan.Untuk buat sosnya pula panaskan sedikit minyak masak dan masukkan sos cili maggie dan tambah sedikit sahaja air dan 1 sudu gula pasir kacau sehingga sebati.