Jejemput Lembut Kelantan

Ramuan / Bahan

3 biji roti manis
2 cawan tepung gandum
½ sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur
sedikit garam
10 ekor ikan bilis ( direndam dan ditumbuk halus )
1 ulas bawang merah ( dicincang halus )
sedikit air

Cara-cara

tepung gandum disatukan bersama semua bahan kecuali roti. kacau bahan hingga rata. ketepikan selama 2 jam.

sebelum menggoreng, kayakkan roti setiap biji menjadi 8 bahagian. kacau ke dalam adunan tepung.

bolehlah digoreng dalam minyak yang panas. pastikan roti tersalut oleh adunan sebelum digoreng.