Jala Emas Raja (II)

Ramuan / Bahan

10 biji merah telur itik
2 biji merah telur ayam
1 cawan gula pasir 2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

Cara-cara

Campur kuning telur bersama air jernih dalam telur bersama air jernih dalam kulit dan kacau di dalam mangkuk besar sehingga kebang. Tapis perlahan-lahan dengan kain jarang. Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih. Bila mendidih dan pekat sedikit masukkan bancuhan telur secara mengurai di dalam air gula (cara ini memang rumit sedikit dan orang yang telah biasa sahaja dapat membuatnya). Bila masak, angkat jala emas dengan batang buluh kecil dan lipat memanjang atau mengikut suka.