Lompang

Ramuan / Bahan

300 gm tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula putih
½ cawan gula merah ¾ biji kelapa parut
garam
air kapur

Cara-cara

Tepung jagung dan tepung beras dibancuh dengan secawan air dan sedikit garam serta air kapur. Masak gula merah dan gula putih dengan 3 1/2 cawan air hingga mendidih dan gula hancur. Angkat dan setelah sejuk, tuangkan di dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga sebati. Sementara itu, panaskan beberapa mangkuk kecil acuan kuih lompang di dalam kukusan. Tuangkan adunan anggaran 3/4 tinggi supaya tidak melimpah keluar apabila masak. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan sejukkan. Tabur kelapa yang dicampur sedikit garam di atas kuih lompang dan hidangkan.