Dodol Kukus

Ramuan / Bahan

100gm tepung pulut hitam
250gm tepung pulut putih
200gm gula halus

1 liter santan
(dijadikan tahi minyak)
sedikit minyak
daun pisang
garam

Cara-cara

1.masukkan tepung pulut putih dan pulut hitam kedalam bekas adunan.kemudian masukkan gula dan santan.
2.gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.
3.sediakan loyang dan sapu sedikit minyak.
4.letakkan daun pisang,masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
5.setelah masak,taburkan tahi minyak dan hidang mengikut citarasa.