Dodol

Ramuan / Bahan

1.8 gm tepung pulut
300 gm tepung beras 3 kg gula merah
12 biji kelapa parut

Cara-cara

Kelapa diasingkan santan cair dan patinya. Bancuh tepung pulut dengan santan cair dan tepung beras kemudian tapiskan ke dalam kuali besi. Masak gula merah dengan sedikit air hingga larut kemudian tapiskan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang sederhana perlahan jerangkan adunan tadi sambil dikacau. Apabila sudah setengah masak masukkan pati santan dan kacau lagi hingga rata. Apabila sudah tidak melekat di tangan, bolehlah diangkat untuk disejukkan.