Dadar Gulung Kentang

Ramuan / Bahan

* kulit *
3 cawan tepung gandum
3 - 4 cawan air *ikut kepekatan
secubit garam
sedikit pewarna kuning
sebiji telur
½ sudu minyak masak
* inti *
4 - 5 biji kentang dipotong dadu
4 biji telur
2 biji cili merah dicincang
1 biji bawang besar didadu
garam dan bahan perasa

Cara-cara

untuk kulit :
masukkan semua bahan kedalam blender..dan blenderkan hingga sebati. tuang kedlm besen.tambah air jika batter terlalu pekat.
panaskan kuali dn lenggangkan dlm kuali hingga masak.angkat dan isi inti dan gulung spt buat ketayap hijau.
untuk inti :
tumis bawang dan cili hingga layu.masukkan kentang dan tambah air.masak hingga kentang empuk dan masukkan perasa & garam.gaul lagi.tak mengapa jika kentang agak hancur...lebih sedap..last sekali masukkan telur dan gaul hingga sebati & masak.tutup api dan biarkan sejuk sebelum dibungkus.
bila dah habis menggulung...panaskan minyak dan goreng dgn api perlahan.