Dadar Berinti Ikan

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan inti:
600 gm isi ikan kembung atau tenggiri, hancurkan
1 mangkuk santan daripada sebiji kelapa

2 cawan tepung berserbuk penaik
2 cawan susu tanpa lemak, dibahagi 2
2 camca teh minyak jagung
2 biji telur, sebiji untuk dicelup dadar
Serbuk roti secukupnya 3 biji telur
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan dikisar:
10 tangkai cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sm halia
2 sm kunyit hidup
2 batang serai

Cara-cara

Masukkan tepung, minyak, sebiji telur dan sebahagian susu. Kacau hingga sebati. Perlahan-lahan tambah sebahagian susu lagi. Adunan mesti pekat. Ambil satu senduk adunan tepung lalu dibuat dadar. Buat begini hingga habis.

Cara membuat inti:
Santan pekat dimasak bersama bahan kisar. Apabila mendidih masukkan isi ikan, garam, gula dan serbuk perasa. Masak hingga kering. Isikan inti ikan di dalam dadar dan gulung. Celup di dalam telur, kemudian golek-golekkan di atas serbuk roti. Goreng hingga kuning.