Lepat Pisang

Ramuan / Bahan

4 biji pisang emas yang besar atau 3 biji pisang raja
45 gm gula pasir
30 gm tepung gandum (ayak)
3 sudu besar kelapa parut (dibuang kulit arinya) & sedikit garam 8 keping daun pisang anggaran
1 helai daun pandan (dipotong)
8 keping tiap-tiap satu 5 cm panjang) jika suka

Cara-cara

Sediakan pengukus: Jerang secerak air untuk penambahnya. Sediakan daun pisang: Basuh & celurkan daun pisang dalam air yang panas atau layur di atas api. Keringkan atau lap daun yang lembut itu. Sediakan buahnya: Kupas pisang & lecek dalam mangkuk adunan. Campurkan gula,kelapa parut & tepung.Kacau rata-rata. Letakan sepotong daun pandan di atas sehelai daun pisang & bubuh 1 sudu daripada adunan itu memanjang & ratakan. Balut adunan itu dengan daun pisang & lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Letakkan dalam dulang pengukus & kukuskan selama 15-20 minit. Keluarkannya dari dulang pengukus & hidangkan dalam pinggan sama & panas atau sejuk.