Cucur Jawa Tok Lang

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
½ cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit garam
Air secukup likat
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Campurkan gula pasir, gula merah bersama >< 2 cawan air, kemudian masak hingga mendidih. Biarkan suam/sejuk air gula tersebut.

Campurkan ke dalam tepung gandum dan beras, kemudian tambah sedikit garam. Gaulkan ikut likat dan timbuk-timbuk hingga berbuih sikit. peram semalaman. Goreng keesokkan paginya bersama >< 1/2 cawan minyak masak.

Sendukkan dengan senduk bulat. Tuangkan kedalam kuali dengan menggunakan senduk bulat tadi. balikkan dan angkat. Gunakan api yang sederhana besar. Tambahkan sedikit air jika perlu.