Cucur Jawa

Ramuan / Bahan

300 gm tepung gandum
300 gm tepung beras
1 ½ botol sedang manisan nipah 2 cawan minyak
1 botol sedang air sejuk
garam

Cara-cara

Tepung beras dan tepung gandum digaul rata. Kemudian bancuh tepung dengan air sejuk, manisan nipah dan sedikit garam. Kcau sehingga sebati dan ketepikan selama 1/2 jam. Panaskan minyak di dalam kuali bulat. Ambil adunan tadi sesenduk dan tuangkan di dalam kuali. Setelah berwarna coklat dan masak, angkat dan tuskan.