Cekodok Kentang/Bawang

Ramuan / Bahan

a. 500g tepung gandum
b. 300g kentang dipotong dadu
c. 1 ulas bawang besar dimayang halus
d. 50g ikan bilis ditumbuk
e. 1 butir telur ayam
f. 30g daun sop
g. 30g daun bawang
h. sedikit garam
i. secawan air

Cara-cara

a. Masukkan tepung, telur, air, garam, bawang dan ikan bilis. Gaul sehingga rata. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
b. Masukkan daun sop, daun bawang, kentang. Kacau sehingga sebati.
c. Panaskan minyak dlm kuali. Gorenglah seperti cekodok biasa.
d. Selamat mencuba...