Cekodok Gula Kembang

Ramuan / Bahan

2 senduk tepung gandum
sedikit Air panas mendidih
Air masak (tak panas dan tak sejuk)--mcm air paip la..
½ senduk Gula pasir

Cara-cara

1.Gaulkan tepung gandum bersama gula.
2.Masukkan air panas mendidih sedikit sahaja dan kacau hingga sebati.
3.Masukkan air masak dan kacau sehingga adunan seperti cucur pisang.Adunan akan seolah-olah meletup2 kecil menandakan ada ruang2 udara.itu tandanya adunan anda betul.
4.Masukkan sedikit2 ke dalam kuali panas seperti anda menggoreng cucur pisang.Hasilnya,anda akan nampak cucur ini seolah2 bersarang di dalamnya dan manis.