Cekodok Dua Rasa

Ramuan / Bahan

5 ulas durian(ambil isinya sahaja)
5 biji pisang kapas atau kebatu
1 sudu kecil garam
tepung gandum secukupnya gula secukup rasa
sedikit serbuk soda bikarbonat
Air panas secukupnya

Cara-cara

1. Lenyek pisang dan isi durian, jangan terlalu hancur.
2. Masukkan serbuk soda bikarbonat, garam, gula dan kacau hingga sebati.
3. kemudian masukkan tepung gandum dan kacau lagi hingga sebati
4. Akhir sekali, masukkan air panas hingga adunan sebati (adunan cekodok ini sama dengan adunan cekodok biasa.Tidak terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat.)
5. Kemudian biarkan adunan selama 15 minit dan barulah sesuai digoreng.