Lepat Liat

Ramuan / Bahan

1 bungkus tepung pulut
300 gm gula merah
2 cawan gula pasir
1 biji kelapa Daun pisang secukupnya
Sedikit garam dan minyak
2 cawan air

Cara-cara

Satukan gula dan gula pasir. Masak gula bersama air hingga mendidih. Sejukkan. Gaul tepung bersama air gula. Jika keras boleh ditambah air. Kelapa parut digaul bersama garam. Cedok sedikit bancuhan dan letak diatas daun pisang yang disapu sedikit minyak. Bubuh kelapa parut dan bungkus seperti membungkus lepat pisang. Kukus hingga masak.