Bingka Ubi Kayu

Ramuan / Bahan

2 kg ubi kayu, dikupas, diparut dan disejat
300 g gula pasir
1 camca teh garam Sedikit pewarna kuning, jika perlu
2 biji telur, dipukul sebentar
500 ml santan daripada 1 biji kelapa

Cara-cara

Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk. Kemudian masukkan gula pasir bersama garam, pewarna kuning (jika perlu) dan telur. Kacau hingga ia sebati. Masukkan santan, kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul. Lengserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya. Bakar ia pada suhu 300'C, 30 minit atau hingga permukaannya kekuningan. Biar ia sejuk sebelum dipotong.