Bingka Tepung Gandum

Ramuan / Bahan

3 Cawan Tepung Gandum
1½ Cawan Gula Pasir
4 biji Telor Ayam
1 Tin Susu Cair
1 Cawan Air Pandan atau 1 sudu besar pandan paste dicampur dgn secawan air
4 Cawan air
RM1 Pati Santan
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam mangkuk dan dikacau sehingga sebati dan tapiskan ia kedalam loyang yang telah dilengserkan sedikit marjerin dan dibakar dalam oven dgn suhu 160 darjah celcius sehingga masak dan berwarna keemasan.