Bingka Tepung Gandum

Ramuan / Bahan

500 gm tepung gandum
4 mangkuk santan (diambil daripada 1½
biji kelapa)
2 cawan gula
2 biji telur ayam ½ cawan jus pandan
Sedikir garam
Sedikit minyak

Cara-cara

Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk tepung. Masukkan juga sedikit garam, santan dan jus pandan. Setelah itu, adun hingga rata dan sebati. Pastikan tepung adunan tidak berbiji. Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Panaskan acuan sebentar, kemudian tuangkan adunan tepung tadi ke dalamnya. Setelah itu, bakarlah hingga masak. Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong.