Lepat Labu

Ramuan / Bahan

½ biji labu, direbus
½ biji kelapa parut
1 cawan gula
Sedikit garam
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula merah
Daun pisang untuk membalut

Cara-cara

Gaulkan semua bahan di atas hingga sebati kecuali kelapa parut.

Letakkan kelapa parut di tengah-tengah sebagai inti.

Balut lepat dengan daun pisang.

Kukus selama setengah jam atau hingga masak.