Bangkit Tatahan Bijan

Ramuan / Bahan

10 cawan tepung ubi
5 cawan gula kisar
1 biji kelapa (ambil 2 ½ cawan santan pekat)
4 biji telur
1 cawan tepung gandum 4 helai daun pandan

Untuk Hiasan:
1 biji kuning telur
Sedikit bijan

Cara-cara

Sangai tepung ubi dan tepung gandum berasingan selama dua tiga minit. Masak santan hingga pecah minyak dan sejukkan. Sediakan bekas mengadun, gaul tepung ubi, tepung gandum dan gula hingga rata. Dalam bekas lain, ramas telur dengan pandan hingga bercampur rata. Keluarkan pandan, campurkan ke dalam adunan tepung dan gaul. Tuangkan sedikit demi sedikit santan sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Perap selama satu jam. Canai adunan dan terap dengan acuan kesukaan, sampang telur kuning dan tabur bijan. Bakar hingga masak.