Bingka Roti Gerenti Sedap

Ramuan / Bahan

1 buku roti Gardenia/Hi-5 yg pendek
3 cawan santan
3 biji telur
1 cawan gula
garam sedikit
esen vanila
kismis
1 tin jagung berkrim

Cara-cara

Masukkan roti, santan, gula, telur, garam, esen vanilla di dalam mangkuk. Biarkan direndam lebih kurang dalam 5-10 minit untuk sebatikan. Jika suka roti hancur, bolehla di kacau adunan yang dicampur agar roti sedikit hancur. Ikut citarasa anda. kemudian masukkan jagung dan kismis, kacau sedikit untuk sebati. Kemudian sapukan mentega atau marjerin di dalam loyang, masukkan adunan ke dalam loyang. cubit sedkit mentega dan letakkan di atas serata bingka roti sebelum dibakar. bakar di dalam ketukar menggunakan 190'c samapai masak.Saya suka sampai garing