Bingka Pandan

Ramuan / Bahan

600 gm tepung gandum
200 gm gula pasir
1 cawan santan pekat, dikisar bersama 1 biji telur
Satu cawan air
20 helai daun pandan

Cara-cara

Bancuh tepung bersama gula, telur dan santan pekat. Pastikan tidak berketul-ketul. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan elok cairnya. Untuk lebih cantik, masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar sekejap. Sapu acuan dengan minyak atau marjerin dan panaskan di dalam ketuhar. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar hingga masak dan sedikit berkerak.