Bingka Karot Berkelapa

Ramuan / Bahan

1 kilo karot
1 ½ gelas gula
2 gelas tepung gandum 2 biji telur
100 gm mentega
1 gelas susu

Cara-cara

Karot direbus hingga empuk kemudian toskan airnya dan dilenyek. Kesemua bahan di atas dikisar hingga sebati, masukkan karot dan kisar lagi supaya tidak bergentel atau berbuku. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. 3/4 cawan kelapa parut diwarnakan mengikut kesukaan dan taburkan ke atas adunan tadi. Bakar hingga masak lebih kurang 45 minit.