Begedel Jagung Sesedap Rasa

Ramuan / Bahan

Bahan 1
6 tongkol jagung muda
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar/benggali
1 biji telur Bahan 2
10 biji lada putih (dikisar)
3 tangkai daun sup (dipotongĀ²)
1 biji cili besar (dipotong keratĀ²)
Tepung gandum (kuantiti terpulang pada banyaknya jagung)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Kisar semua bahan 1. Adun bahan yang dikisar dan campur dengan tepung sehingga sesuai dimasak/goreng. Masukkan lada hitam, daun sup, lada besar, dan garam serta perasa secukup rasa. Goreng mengikut bentuk yang disukai dengan api yang sederhana hingga kekuning-kuningan dan garing.