Bebola Keledek Sira Cili

Ramuan / Bahan

2 biji ubi keledek
air secukupnya untuk merebus keledek
tepung gandum
garam & gula secukup rasa
pes cili
minyak untuk menggoreng
cuka makan

Cara-cara

Kupas kulit keledek,bersihkan,potong kecil & rebus. Campur sedikit garam. Bila sudah empuk, tuskan air dan lecek keledek. Biarkan keledek sejuk barulah diadun dengan tepung gandum. Jika doh agak keras, tambah sedikit air rebusan. Bentukkan seperti guli. Panaskan minyak dan goreng bebola keledek pada api sederhana. Balik-balikkan bebola sehingga masak. Apabila selesai meggoreng, tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis pes cili, masukkan gula, garam & cuka secukup rasa serta sedikit air rebusan keledek. Bila sudah masak, masukkan bebola keledek dan gaul rata. Bila agak kering, angkat dan hidangkan.