Baulu Kemboja

Ramuan / Bahan

1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan pekat
¾ mangkuk gula pasir 1 cawan pati daun pandan
4 sudu besar bijan goreng tanpa minyak
1 cawan minyak kelapa

Cara-cara

Telur, gula pasir dan air daun pandan dimesin kemudian ditapis. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan ini sedikit demi sedikit sambil digaulkan hingga sebati. Panaskan acuan dengan sedikit minyak yang sudah disapukan di dalamnya. Kemudian tuang adunan dan taburkan bijan diatasnya. Bakar adunan hingga masak. Setelah itu bolehlah dihidangkan.