Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Lempuk Durian

Ramuan / Bahan

400 gm isi durian 400-500 gm gula

Cara-cara

Satukan isi durian dan gula dalam kuali. Jerang atas dapur dengan api sederhana hingga mendidih dan gulanya hancur. Kacau tanpa henti hingga bertukar warna perang serta bergolek dan tidak melekat di kuali. Alihkan ke dalam upih yang digelungkan dan diikat di bahagian atasnya bagi tujuan disimpan. Boleh juga disimpan dalam bekas bertutup, sejukkan dahulu baru ditutup dan simpan ditempat kering atau dalam peti sejuk.