Bantal Kurma

Ramuan / Bahan

100 g mentega
4 biji epal hijau (dibuang biji dan dipotong dadu)
Secubit serbuk rempah kek
75 g gula perang
2 camca besar gajus rangup (dikisar kasar) 1 camca besar tepung serba guna (dibancuh dengan 2 camca besar air)
12-15 kulit popia
Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara

Cairkan mentega di dalam periuk besar. Ketepikan. Masukkan epal, kacau hingga ia sebati.

Masukkan semua bahan lain, kecuali kulit popia dan minyak masak, kacau di atas api perlahan selama tiga minit.

Kacau selama 8-10 minit di atas api kuat hingga epal karamel. Biar ia sejuk.

Bubuh sedikit inti di dalam kulit popia dan bungkus (seperti ketayap). Buat hingga habis inti dan kulit popia. Panaskan minyak di dalam kuali.

Goreng Bantal Kurma hingga ia keperangan.