Bangkit Rapuh

Ramuan / Bahan

3 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum 8 biji telur
1 cawan gula halus

Cara-cara

Tepung gandum dan tepung ubi direndang hingga wangi baunya. Pukul telur hingga naik. Gaulkan gula dengan kedua-dua jenis tepung tadi dan masukkan telur. Uli hingga menjadi lembut dan sebati. Canai adunan tadi dan terap dengan acuan yang sesuai. Bakar hingga molek kuningnya.