Emping Jagung Bersalut Golden Syrup

Ramuan / Bahan

300 gm emping jagung digiling dengan penggelek kayu agar separa hancur
260 gm golden syrup
70 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
125gm mentega





30 gm ceri hijau cincang
30 gm ceri merah cincang
30 gm bijan disangai dahulu
30 gm badam hancur

Cara-cara

Cairkan mentega dan golden syrup di dalam periuk yang sesuai di atas api perlahan. Masukkan esen vanila. Didihkan sedikit lalu padamkan api. Gaul rata emping jagung, ceri, bijan dan badam. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas, saiz ikut suka. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga masak.